malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nie Ching minta pemimpin MCA jadi lebih matang
Diterbitkan:  Apr 26, 2024 5:06 PM
Dikemaskini: 9:06 AM
ADS

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching meminta pemimpin MCA bertindak lebih matang dalam mengkritik calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB), Pang Sock Tao.

Dalam kenyataan di Facebook, timbalan menteri komunikasi itu merujuk kepada Ketua Pemuda MCA, Ling Tiang Soon yang berkongsi di media sosialnya video lama Pang mengecam BN.

“Video ini bukan video terbaharu, dan bukan pula ucapan Pang di Kuala Kubu Bharu. Ucapan yang sengaja ditularkan kini dibuat ketika di Kulai, Johor, semasa Pang berkempen untuk saya pada tahun 2022,” kata Teo.

"Jadi sila semak betul-betul, sebelum buat kenyataan yang bukan-bukan. Banyak lagi video pemimpin DAP yang mengutuk BN dan MCA.

"Saya percaya banyak juga video pemimpin BN yang mengutuk PH dan DAP (sebelum ini)," katanya.

Dalam perkongsian video itu, Ling mendakwa ucapan Pang dibuat di KKB, dan menujukannya kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam, yang semalam meminta MCA menyatakan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan.

Teo turut berkongsi tangkap layar catatan Facebook oleh bekas ahli jawatankuasa pusat MCA Jason Teoh yang mempersoalkan penampilan fizikal Pang.

Membandingkan foto lama Pang dengan gambar semasa sebelah menyebelah, Teoh menulis 'Walaoh, Pang sudah kembung'.

Mengulas mengenai perkara ini, Teo berkata walaupun DAP dan MCA mengecam satu sama lain, kedua-dua parti mesti belajar untuk bergerak ke hadapan, kerana mereka kini sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

"DAP menghormati keputusan MCA untuk tidak (memberi) sokongan (dalam PRK KKB). Tetapi menyerang Pang, sehingga menghina mukanya, sudah pasti tidak boleh diterima," katanya.

Lihat Komen