malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Ahli akademik tak bermutu' - Anwar bidas prof Amerika pro-Israel
ADS

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengkritik profesor dari Amerika Syarikat, Bruce Gilley atas kenyataan pro-Israel yang dibuatnya, dengan menyifatkannya sebagai ahli akademik yang "tidak bermutu" (mediocre).

"Seorang ahli akademik mediocre yang memang tidak sepatutnya diundang sebagai profesor pelawat," katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita di acara pecah tanah Akademi MAB di KLIA, Sepang hari ini.

Dia mengulas tuduhan Gilley - seorang profesor sains politik dari Portland State University - bahawa ahli politik Malaysia menyokong Holocaust kedua terhadap Yahudi, dalam syarahannya di Universiti Malaya pada 23 April lalu.

Dalam syarahan bertajuk "Adakah Malaysia akan menjadi kuasa sederhana yang aktif?", Gilley turut berkata negara yang pemimpin politiknya "menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat."

Bruce Gilley

Dia memetik kenyataan yang dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam satu himpunan pada Oktober tahun lalu, bahawa "Israel akan hilang tidak lama lagi".

Susulan kecaman pelbagai pihak atas kenyataan Gilley, Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir membatalkan semua program melibatkan pensyarah itu dan mengarahkan siasatan dibuat.

UM juga telah mengemukakan permohonan maaf berkenaan perkara itu dan berkata laporan lengkap sedang dibuat dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan isu itu.

Lihat Komen