malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lelaki maut kereta terbabas dan terbakar
Diterbitkan:  Mar 24, 2024 8:20 AM
Dikemaskini: 12:20 AM
ADS

Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas dan terbakar di tepi jalan Kampung Ayer Hitam, Batu 13, Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari Ipoh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam tadi.

"Kami mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan dan Pasukan Bomba Sukarela Batu 12 Teluk Intan serta jentera ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas di tepi jalan dan terbakar 80 peratus serta terdapat seorang mangsa lelaki di dalamnya," katanya dalam kenyataan di Ipoh malam tadi.

Beliau berkata pasukan bomba melakukan teknik Receo bagi melakukan penyelamatan dan pemadaman api, namun mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan di tempat kejadian.

Operasi tamat pada 11.27 malam tadi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen