malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
PM merafak sembah tahniah kepada Agong
Diterbitkan:  Mar 23, 2024 8:20 PM
Dikemaskini: 12:40 PM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata beliau dan rakyat negara ini akan terus memberikan ketaatan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.

"Mendoakan ke hadrat Allah semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Allah Peliharakan Sultan," menurut catatan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen