malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri Kesihatan masuk hospital, disyaki masalah batu karang
Diterbitkan:  Mar 13, 2024 12:42 PM
Dikemaskini: 5:05 AM
ADS

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi tadi berikutan disyaki mengalami gejala renal colic (batu karang).

Bagaimanapun, kenyataan Kementerian Kesihatan, yang dikeluarkan hari ini tidak menyebut hospital yang dirujuk itu.

Ia sekadar memaklumkan menteri itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Menteri Kesihatan telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

“Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” petik kenyataan itu.

Renal colic adalah satu bentuk sakit pinggang yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah .

Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka lazimnya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.

Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen