malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tindakan SPRM beku aset tak boleh dicabar di mahkamah - AGC
ADS

Mahkamah sivil tiada kuasa untuk membenarkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan SPRM membekukan 11 akaun Aman Palestin.

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata demikian dalam penghujahan bertulis bagi membantah permohonan NGO itu bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan semakan kehakiman terhadap tindakan SPRM.

Bertindak bagi pihak SPRM, AGC berkata pelaksanaan fungsi atau kuasa yang mempunyai kaitan dengan proses siasatan jenayah tidak boleh diubah melalui semakan kehakiman.

Katanya, mahkamah dalam membuat keputusan sedemikian, berulang kali mengingatkan bahawa dengan membenarkan semakan kehakiman terhadap pelaksanaan fungsi berkaitan proses siasatan jenayah akan membuka laluan untuk cabaran setiap pelaksanaan fungsi sedemikian.

Ia justeru boleh menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan awam, tambahnya.

Selepas mendengar hujah lisan peguam Aman Palestin Muhammad Rafique Rashid Ali 

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amarjeet Singh  menetapkan 21 Mac untuk keputusan sama ada akan membenarkan permohonan Aman Palestin itu.

Tarikh itu ditetapkan selepas hakim mendengar hujah lisan peguam Aman Palestin Muhammad Rafique Rashid Ali dan hakim kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi bagi pihak SPRM.

Aman Palestin pada 31 Januari lalu memfailkan cabaran undang-undang terhadap tindakan SPRM membekukan akaun banknya dan beberapa lagi entiti.

Pembekuan itu dibuat setelah Aman Palestin, NGO yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Palestin, didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

[Baca berita asal]

Lihat Komen