malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'GOLD 1' milik Agong, menang dengan bidaan RM1.5 juta
Diterbitkan:  Feb 20, 2024 3:09 PM
Dikemaskini: 7:18 AM
ADS

Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan keluaran khas ” GOLD 1″ kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim telah membida nombor plat berkenaan dengan nilai RM1.5 juta, rekod nilai tertinggi setakat ini.

“Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, sebanyak RM1.5 juta yang akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan,” kata satu kenyataan pada hantaran di akaun rasmi Facebook baginda.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa RM 1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Siri nombor pendaftaran GOLD itu dibuka untuk bidaan menerusi Sistem JPJeBid bermula 1 hingga 5 Februari lalu.

Menteri pengangkutan pada 30 Jan lalu menjelaskan siri nombor pendaftaran itu ditawarkan sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 pada tahun ini.

Kata Loke hasil jualan NPI siri GOLD ini akan dimanfaatkan kementerian bagi melaksanakan pelbagai inisiatif seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISW

Menurutnya lagi, harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang ditetapkan iaitu kategori nombor bernilai utama adalah RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa RM300.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen