malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis Johor tahan lelaki warga asing pecah cermin kereta di lebuh raya
ADS

Polis Johor menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah menahan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kira-kira 3.30 pagi tadi di kawasan Genting Highlands serta merampas sebuah kenderaan.

"Lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini (semalam). Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, dilaporkan polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dalam kejadian Sabtu lepas.

Polis menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang hari sama susulan video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.

- Bernama

Lihat Komen