malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Projek tanam bawang mula bulan lepas - Mat Sabu
Diterbitkan:  Feb 2, 2024 1:36 PM
Dikemaskini: 5:36 AM
ADS

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) telah memulakan projek penanaman bawang merah sendiri di kawasan seluas 1 hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata Jabatan Pertanian Malaysia memulakan usaha itu pada 24 Januari.

Usaha itu dilakukan susulan krisis bekalan bawang pada 2020 akibat banjir besar di India yang mengakibatkan kenaikan harga daripada RM6 kepada RM8 sekilogram atau 30 peratus.

“Saya telah mengarahkan Mardi untuk menjalankan penyelidikan tahun lalu dan kita telah berjaya melancarkan tiga varieti bawang merah Mardi iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3,” katanya.

Mohamad juga berkata dia telah mengarahkan Mardi memberikan tumpuan yang lebih serta memantau rapat pengeluaran bawang merah itu.

Katanya, data-data yang diperoleh dapat membantu kementerian merangka rancangan penanaman bawang merah tempatan secara besar-besaran.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen