malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sumber: Daim, isteri pecat sebahagian pasukan peguam
Diterbitkan:  Jan 26, 2024 12:08 PM
Dikemaskini: 5:22 AM
ADS

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan isterinya, Na'imah Abdul Khalid telah menamatkan khidmat dua peguam daripada pasukan yang mewakili mereka dalam pendakwaan dan siasatan SPRM.

Seorang sumber hari ini mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa dua peguam tersebut adalah Mohd Yusof Zainal Abiden, yang merupakan bekas peguam cara negara, dan Alex Tan.

Dia berkata penamatan khidmat itu dibuat dua hari lalu, atas dasar "perbezaan pandangan" dalam pengendalian kes tersebut.

Sebelum ini, pasangan itu melantik firma guaman Wong Kian Kheong selaku peguam cara dan peguam M Puravalen and Yunos Shariff.

Perlu dinyatakan yang Daim dan Na'imah juga merupakan peguam, dengan Daim masih memiliki sijil guamannya.


Baca: Lagi amanah berkaitan Daim bernilai ratusan juta didedahkan


Pada 23 Januari lalu, Na'imah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan asetnya seperti yang diarahkan SPRM.

Wanita berusia 66 tahun itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Daim telah juga dibenarkan keluar hospital dan dijangka akan didakwa di mahkamah minggu depan.

Hartawan berusia 85 tahun itu dijangka dihadapkan dengan sekurang-kurangnya satu pertuduhan gagal mengisytiharkan hartanah yang dimiliki bersama isterinya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen