malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
RUU GEG: Takkan tak belajar daripada Perang Candu, soal pembangkang
ADS

PARLIMEN l Seorang ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) hari ini menyindir kerajaan yang didakwa tunduk kepada tekanan daripada pelobi untuk menolak rang undang-undang anti-merokok dan kawalan vape.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang) berkata rang undang-undang (RUU) yang telah lama tertangguh itu mesti dibentangkan di Dewan Rakyat dengan segera atau berdepan risiko lebih ramai belia dan kanak-kanak ketagih merokok dan vape.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang)

"Masalahnya cuma kenapa kerajaan tunduk? Kenapa kerajaan benarkan kumpulan pelobi ini tekan kita? (Syarikat) tembakau gergasi dan persatuan pemilik kedai kopi semua ini.

"Kita tahu kos terhadap negara dan kesihatan awam lebih beasr daripada cukai yang dipunggut daripada vape ini.

"Takkan kita tak belajar daripada Perang Candu di China yang memulakan frasa the century of humiliation (abad penghinaan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, sumber di Kementerian Kesihatan memberitahu Malaysiakini bahawa antara sebab mengapa RUU itu tidak menjadi undang-undang adalah kerana tekanan daripada pemain industri.

RUU berkenaan, yang dikenali sebagai Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok, sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Bagaimanapun, ia ditangguhkan untuk memberi laluan kepada urusan kerajaan di Parlimen.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa kemudiannya memberi jaminan kementerian itu akan membentangkan RUU antimerokok dan kawalan vape yang telah lama tertangguh sebelum sidang parlimen berakhir pada 30 November ini.

RUU yang dipertikaikan itu merangkumi beberapa aspek kesihatan awam yang penting.

Antaranya, adalah memperkenalkan semula kawalan ke atas produk nikotin termasuk vape - selepas kerajaan mengeluarkan bahan itu daripada Akta Racun pada Mac.

Dr Zaliha Mustafa

RUU itu juga memperkenalkan langkah-langkah yang bertujuan menghalang individu yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya daripada membeli produk tembakau atau nikotin - yang menyaksikan RUU itu dirujuk sebagai generasi penamat atau Generational End Game (GEG).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen