malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Siasatan dakwaan 54,000 warga China terima warganegara dirujuk ke AGC
Diterbitkan:  Nov 21, 2023 10:37 AM
Dikemaskini: 3:40 AM
ADS

PARLIMEN l Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak akan mendakwa mereka yang menuduh 200 sekolah tahfiz di Selangor telah ditutup kerana tidak cukup bukti.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution berkata siasatan dimulakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan melibatkan dakwaan lebih 200 sekolah tahfiz diarahkan tutup telah dibuka di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 / 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kertas siasatan tersebut juga telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

“Namun kes telah diklasifikasikan sebagai NFA kerana elemen hasutan di bawah Akta 15 tidak dapat dipenuhi," katanya pada jawapan parlimen.

Pada Ogos, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah pihak yang membuat dakwaan palsu itu dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan Selangor kini dalam kempen untuk mendaftarkan semua sekolah tahfiz di negeri itu bagi mengawal selia pendidikan di negeri itu.

Bagaimanapun, ini telah menyebabkan beberapa dakwaan dalam talian munuduh 200 sekolah tahfiz telah diarah tutup.

Jawapan Saifuddin itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (Harapan - Kepong) yang meminta perkembangan terkini mengenai siasatan polis terhadap dakwaan itu serta siasatan terhadap dakwaan 54,000 warga China sedang dalam proses untuk diberi kewarganegaraan Malaysia.

Mengenai soalan kedua, Saifuddin berkata perkara itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jabatan peguam negara masih mengkaji perkara itu, kata Saifuddin.

Dakwaan ini juga mula tersebar dalam talian pada bulan Ogos dan dengan pantas disanggah oleh Saifuddin.

Di sebalik penafian Saifuddin, Bersatu dan beberapa akaun media sosial berkaitan PAS terus mendesak siasatan terhadap dakwaan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen