malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Komander Apollo 8 Frank Borman meninggal dunia
Diterbitkan:  Nov 10, 2023 5:11 PM
Dikemaskini: 9:11 AM
ADS

Angkasawan Amerika Syarikat Frank Borman yang pernah menjadi komander misi Apollo 8 meninggal dunia pada usia 95 tahun, menurut Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada Khamis.

Borman meninggal dunia pada Selasa di Billings, Montana AS, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebagai ketua misi Apollo 8, angkasawan itu mengetuai misi pertama mengelilingi bulan pada 1968 sebelum mendarat ke bulan beberapa bulan kemudian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruterbang pejuang pada 1950.

Pada 1967, beliau menganggotai lembaga penyiasat yang menyiasat kebakaran kapal angkasa Apollo yang mengorbankan tiga angkasawan.

Borman pernah dilantik sebagai ketua program Apollo dan mengetuai satu pasukan mereka bentuk semula kapal angkasa Apollo.

Beliau bersara daripada Tentera Udara pada 1970.

- Bernama-dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen