malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Mancha Dayak pertama dilantik pesuruhjaya polis Sarawak
Diterbitkan:  Nov 10, 2023 3:59 PM
Dikemaskini: 8:00 AM
ADS

Pegawai tinggi polis, Mancha Ata mencipta sejarah apabila menjadi anak Dayak pertama memegang jawatan sebagai pesuruhjaya polis Sarawak.

Mancha, 58, memulakan tugas sebagai pesuruhjaya polis Sarawak ke-28 bagi menggantikan Mohd Azman Ahmad Sapri, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Menurut laporan media, Mancha menerima tugas itu daripada Mohd Azman sambil disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ramli Mohamed Yoosuf.

Majlis berkenaan diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Dalam ucapannya, Mancha yang berasal dari Asajaya, Samarahan mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi PDRM kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengetuai kontinjen polis negeri.

Sebelum ini, Mancha memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak sejak 9 Jun 2021.

Dia juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam PDRM termasuk Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen