malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Upko saran satu per tiga kerusi Dewan Rakyat dari Sabah, Sarawak
Diterbitkan:  Nov 5, 2023 3:06 PM
Dikemaskini: 7:06 AM
ADS

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menggesa satu per tig daripada kerusi dalam Dewan Rakyat diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak.

Presiden Upko, Ewon Benedick, berkata dengan adanya keadaan begitu suasana hubungan politik di antara Semenanjung Malaysia dengan kedua-dua negeri terbabit akan lebih seimbang.

“Tuntutan kami ialah satu per tiga daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen perlu diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak.

“Kami mahu satu per tiga bukan sahaja berhubung dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetapi juga untuk memastikan keseimbangan antara wilayah Borneo, termasuk Sabah, Sarawak dan semenanjung yang terdiri daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia,” katanya yang dipetik Borneo Post semasa merasmikan penubuhan Upko Putatan.

Menurut Ewon wilayah Borneo boleh menjadi pengimbang untuk politik yang lebih sederhana, berbanding ahli politik semenanjung yang sering membangkitkan isu kaum dan agama.

Pada masa ini, Sabah mempunyai 25 kerudi di Dewan Rakyat manakala 31 untuk Sarawak. Satu kerusi lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

Komposisi itu menjadikan kerusi dari Borneo berjumlah 57 - atau lebih sedikit daripada satu per emepat - daripada keseluruhan 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat.

Untuk menjadikannya komposisi itu meningkat kepada satu per tiga, jumlah kerusi bagi Sabah dan Sarawak perlu ditambah menjadi 74.

Dalam bancian pada 2020, jumlah penduduk Malaysia Timur dianggarkan seramai 6.8 juta, menjadikan ia kira-kira 21 peratus daripada jumlah penduduk negara yang berjumlah 33.4 juta.

Ewon yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi berkata dia akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 akan datang.

“Kami juga akan membincangkan senarai kawasan persempadanan baru dengan Ketua Menteri Sabah," katanya.

Tambah Ewon dia percaya kerajaan Sabah dan Sarawak juga sedang meneliti isu tersebut dan mempunyai pelbagai ruang untuk membangkitkannya di pelbagai platform termasuk media, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan MA63.

Persempadanan semula hanya boleh dilakukan tidak kurang daripada lapan tahun selepas pelaksanaan terakhir.

Untuk Sarawak, persempadanan baru boleh dilakukan mulai tahun ini manakala Sabah pada 2025 sebelum Semenanjung Malaysia setahun kemudian.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen