Kerajaan akan memulakan perbincangan bagi penyerahan semula sebahagian aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang sebelum ini dipindahkan ke syarikat tujuan khas (SPV) milik Kementerian Kewangan (MOF) pada 2018, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata pertimbangan itu dibuat setelah meneliti laporan awal serta melihat TH kembali diurus dengan baik, peningkatan keyakinan pendeposit, serta pengurusan cekap dan berintegiriti oleh kepimpinan baru institusi pengurusan haji negara itu.
“Setelah meneliti perkembangan dan bincang dengan menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pengerusi Lembaga TH Tan Sri Azman Mokhtar, saya telah beritahu dari awal bahawa sebaik sahaja TH diurus dengan baik, maka MOF akan memulakan perbincangan supaya menyerahkan semua aset yang dipegang SPV.

“Ini juga mematikan fitnah amat tidak bertanggungjawab pada Menteri Kewangan ketika itu (Lim Guan Eng) dan kerajaan ketika itu seolah-olah memindahkannya pada kelompok bukan Islam.
"Tidak, saya lihat rekodnya, dan di MOF, ia masih dalam pegangan MOF, sekarang saya pegang amanahnya,” kata Anwar.
Dia yang juga menteri kewangan berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga TH ke-60 di Menara TH di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar.
[Laporan lanjut menyusul]



