malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM sasarkan Radzi secara sistematik - peguam Bersatu
Diterbitkan:  Sep 25, 2023 1:58 PM
Dikemaskini: 5:58 AM
ADS

Seorang peguam Bersatu menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyalah guna agensi penguatkuasaan untuk “mengganggu” musuh politiknya.

Terbaru ia melibatkan anggota parlimen Putrajaya Radzi Jidin, kata timbalan ketua biro undang-undang Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif.

Sasha Lyna berkata, masalah Radzi bermula pada Selasa minggu lepas selepas dia dituduh terlibat dalam amalan rasuah oleh Anwar.

Sasha Lyna Abdul Latif

Ia kemudian disusuli oleh penyebaran dakwaan atas talian bahawa dia antaranya terlibat dalam kes rasuah melibatkan buku untuk untuk murid prasekolah.

Dua hari kemudian, setiausaha politik Radzi ketika dia menjadi menteri pendidikan pula ditahan SPRM.

Semua ini, kata Sasha Lyna, tidak mungkin satu kebetulan.

“Kronologi ini penting dan mengejutkan. 

“Ia mencadangkan sasaran sistematik dan gangguan oleh badan penguat kuasa terhadap musuh politik perdana menteri dan gabungan politiknya,” katanya.

Radzi menafikan hantaran di media sosial yang mengaitkannya dan isteri dengan projek percetakan buku agama J-Qaf untuk prasekolah seperti didakwa.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen