Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan mempersoalkan sikap berdiam diri wakil rakyat daripada DAP yang suatu ketika begitu lantang mengenai isu keadilan tetapi sunyi sepi berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.
Sebelum itu, Takiyuddin memaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan berita antarabangsa yang mempersoalkan keputusan menarik balik semua 47 pertuduhan terhadap Zahid dalam kes rasuahnya pada Isnin, 4 September lalu.
“Tapi ada juga orang bertanya, dalam keadaan begini, di manakah suara-suara yang selalunya membela keadilan seperti bekas MP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, di mana YB Bagan (Lim Guan Eng), di mana YB Damansara (Gobind Singh Deo)?
“Di mana mereka lain yang sebelum ini yang membincangkan mengenai keadilan rakyat, sekarang ini isu DNAA senyap sepi, tidak ada suara,” setiausaha agung PAS itu di Dewan Rakyat hari ini.

