malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kanak-kanak maut akibat lemas ditemukan di padang bola
ADS

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam kejadian di Felda Chiku 1, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.15 petang dan siasatan awal mendapati mangsa terjatuh ke dalam parit air yang berada di belakang rumahnya.

“Usaha mengesan mangsa dijalankan oleh pihak polis dan pendudu kampung sebelum ditemukan dalam keadaan terbaring di padang bola Felda Chiku 1.

“Pembantu kesihatan Klinik Kesihatan Chiku 3 kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sik berkata, jarak antara rumah dengan lokasi mangsa ditemukan ketika mangsa dipercayai dibawa arus deras dianggarkan sejauh 4 kilometer.

“Siasat pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke atas mangsa dan diserahkan kepada unit forensik Hospital Gua Musang bagi menjalankan bedah siasat.

“Pegawai perubahan mendapati punca kematian mangsa disebab ‘drowning’ (lemas),” katanya.

Bagaimanapun tambahnya siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan terhadap mangsa.

“Pihak polis mengingatkan supaya tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa,” kata Sik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen