malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kadar keluar mengundi PRK Pulai masih bawah 50% setakat lima petang
Diterbitkan:  Sep 9, 2023 3:24 PM
Dikemaskini: 10:05 AM
ADS

Kadar keluar mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Pulai masih di bawah 50 peratus setakat jam lima petang tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kadar keluar mengundi adalah 42 peratus pada jam empat petang.

Maklumat daripada saluran kerajaan kepada media kemudian menyatakan kadar tersebut adalah pada jam lima petang.

Ia kemungkinan kemas kini kadar keluar mengundi terakhir sebelum SPRK mengumumkan peratusan akhir pada malam ini.

Bagi PRK Simpang Jeram, kadar keluar mengundi setakat jam lima petang dipercayai mencecah 59 peratus.

Sebanyak 47 pusat pengundian dengan 294 saluran di Parlimen Pulai dan 14 pusat pengundian melibatkan 68 saluran di DUN Simpang Jeram, dibuka daripada pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh memaklumkan bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab di Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen