malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar nasihatkan Muhyiddin tumpu kes di mahkamah
ADS

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas seteru politiknya Muhyiddin Yassin kerana mendesak dirinya supaya berundur susulan prestasi buruk Pakatan Harapan-BN pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Bercakap kepada pemberita pagi ini, Anwar mempersoalkan logik di sebalik desakan pengerusi Perikatan Nasional itu, dan berkata gabungan PH-BN masih menguasai majoriti di parlimen.

“Dia buat perkiraan apa? Kita kekal kemenangan (di) tiga (negeri) , kita masih dapat majoriti dua pertiga ahli parlimen.

“Saya nasihatkan dia tumpu kes di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini. 

Sehari selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Muhyiddin berkata kemenangan besar gabungan PN yang diterajui oleh PAS dan Bersatu adalah tanda rakyat menolak kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, katanya, mereka perlu meletak jawatan dengan serta-merta.

Pada PRN 12 Ogos itu, PH-BN kekal di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala PN juga terus berkuasa di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

PH-BN juga dilenyapkan di bumi Terengganu, manakala BN/Umno gagal memenangi mana-mana kerusi di Kedah.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan negeri yang dikuasai PN untuk bergerak ke hadapan, Anwar menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri.

Bagaimanapun, perdana menteri menekankan kepentingan negeri-negeri itu mengamalkan tata kelola yang baik.

“Itu terserah pada sikap mereka, kalau mereka mahu kerjasama, saya akan ikut kaedah itu bukan saja dari segi kenyataan, juga tindakan

“Saya nak pastikan semangat tata kelola itu betul. Mahu wang untuk orang miskin, bagi (kepada) orang miskin, bukan untuk dialih ke lain.

“Jadi saya tegas bab ini,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen