malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Keputusan STPM Khamis ini
Diterbitkan:  Jul 11, 2023 12:45 PM
Dikemaskini: 4:45 AM
ADS

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini (13 Julai).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing atau secara dalam talian mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

"Keputusan turut boleh didapatkan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM Tahun 2022 pada masa dan hari sama.

"Selain itu, keputusan boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 13 Julai (Khamis) sehingga 12 tengah hari pada 23 Julai (Ahad)," menurut kenyataan itu.

Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu di seluruh negara melibatkan 4,668 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen