malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
ULASAN | Kenapa PN boleh menang di Selangor
ADS

Saya kongsikan makalah ilmiah bertajuk “Why Perikatan Nasional may win in Selangor” yang disiarkan dalam ISEAS Perspective, sebuah penerbitan Institute of Southeast Asian Studies, Singapura.

Makalah ini yang saya tulis secara bersama dengan Khairul Syakirin Zulkifli, seorang penyelidik di Institut Masa Depan Malaysia adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di 39 kawasan Dewan Undangan Negeri majoriti Melayu di negeri Selangor. 

Kajian ini yang melibatkan 1,200 orang responden berlangsung pada 1 Mac hingga 20 April 2023.

Antara lain, kajian ini mendapati:

Tidak berlaku pemindahan undi secara penuh (full vote transferability) antara Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam kalangan pengundi Melayu. 

Ini bermakna, pengundi Melayu BN tidak semestinya mengundi calon PH dan pengundi Melayu PH juga tidak semestinya mengundi calon BN dalam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

Sebaliknya, dalam kalangan pengundi Melayu BN, 39% telah menyatakan akan mengundi PN dan hanya 15% akan mengundi PH. 

Ini bermakna, tujuh daripada 10 pengundi Melayu BN yang telah membuat keputusan mengenai pemilihan parti dalam PRN nanti memilih untuk mengundi calon PN. 

Baki 49% pengundi Melayu BN masih belum pasti tentang parti yang akan diundi kelak. 

Namun, penelitian yang lebih mendalam mendapati sebahagian besar daripada mereka ini lebih cenderung untuk menyokong PN berbanding PH.

Berdasarkan trend ini, kami menjangkakan bahawa akan berlaku pertarungan sengit dalam PRN Selangor dengan kelebihan memihak kepada PN terutamanya di kerusi-kerusi majoriti Melayu.

Terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor. Sebanyak 39 adalah kerusi majoriti Melayu dan 17 adalah kerusi majoriti bukan Melayu. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah 29 kerusi.


MARZUKI MOHAMAD ialah bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin.

Tulisan ini disiarkan kali pertama di Facebooknya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen