malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Wan Suraya dilantik ketua audit negara baru
Diterbitkan:  Jun 12, 2023 1:42 PM
Dikemaskini: 6:37 AM
ADS

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa mulai esok.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata baginda berkenan atas pelantikan itu selaras dengan Perkara 105(1) Perlembagaan Persekutuan dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Pelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam,” kata Mohd Zuki.

Jawatan terakhir Wan Suraya adalah sebagai ketua pegawai eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM).

Jawatan ketua juruaudit negara kosong sejak penyandang sebelum ini, Nik Azman Nik Abdul Majid, bersara pada Feb lalu.

Dia dilantik ke jawatan tersebut pada 2019 dan tempoh perkhidmatannya dipanjangkang selama dua tahun lagi pada 2021.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Mas Ermieyati Samsudin mengkritik kerajaan kerana kelewatan melantik ketua juruaudit negara bagi menggantikan Nik Azman.

Katanya kelewatan itu mempunyai kesan yang besar kepada urusan pentadbiran negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen