malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Rayer minta PM bincang untuk Pulau Pinang ambil bekalan air Perak
ADS

PARLIMEN l Ahli Parlimen Jetutong, RSN Rayer mencadangkan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mendapatkan bekalan air dari negeri jiran iaitu Perak.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Rayer berkata langkah itu perlu kerana Pulau Pinang kini bergantung kepada tiga empangan air yang disalurkan dari Sungai Muda, Kedah.

Bagaimanapun, katanya, gelombang haba ketika ini menyebabkan permintaan air meningkat dan keadaan bertambah buruk susulan masalah teknikal di Empangan Muda di Kedah baru-baru ini sehingga menjejaskan bekalan air ke negeri itu.

“Saya risau dan khuatir bahawa masalah sebegini akan berulang, justeru saya memohon menteri untuk membentuk satu jawatankuasa yang boleh memastikan supaya bekalan air ke Pulau Pinang tidak akan terganggu lagi.

“Saya juga ingin minta perdana menteri berbincang dengan menteri besar Perak untuk kita (Pulau Pinang) mengambil bekalan air dari negeri itu, memandangkan kerajaan Perak juga adalah kerajaan yang menyokong kerajaan perpaduan.

ADS

“Menteri (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad) boleh berbincang dengan perdana menterinuntuk mengadakan sesi engagement dengan kerajaan Perak bagi membincangkan penyaluran air dari Sungai Perak ke loji rawatan air yang membekalkan air ke Pulau Pinang,” katanya.

Rayer berkata demikian ketika membahaskan usul mengenai gelombang haba dan isu iklim di Dewan Rakyat.

Menjawab perkara itu, Nik Nazmi kemudiannya memberitahu parlimen bahawa cadangan itu adalah sesuatu yang boleh dibincangkan.

"Di peringkat kementerian, bagi kita jika ada permintaan rasmi daripada satu kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang lain, kita boleh bincang perkara ini."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen