malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Laporan audit: MP PH soal isu bekalan alat Covid-19 rosak
ADS

PARLIMEN | Beberapa ahli parlimen menyorot Kementerian Kesihatan (KKM) apabila membangkitkan persoalan mengenai bekalan perkakas Covid-19 yang rosak dan sisa peralatan semasa perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021.

Hari ini, Dewan Rakyat mendengar isu mengenai bekalan alat pernafasan yang rosak, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sangat kurang serta pelanggaran data MySejahtera yang berlaku pada 2021.

Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) menyoal mengenai bekalan peralatan yang rosak disediakan semasa darurat pandemik Covid-19 dan KKM didakwa tidak dapat menjalankan dokumentasi yang betul dengan pembekalnya.

Puah menyatakan sebanyak 136 unit ventilator telah dibeli oleh KKM tetapi hanya 28 daripadanya boleh digunakan manakala baki 108 alat bantuan pernafasan itu mengalami kerosakan.

Jelasnya lagi, daripada 108 unit alat yang rosak itu, hanya 15 daripadanya dikembalikan kepada pengilang untuk penggantian.

Kata Puah, 93 unit ventilator rosak yang tidak dikembalikan kepada pengilang untuk digantikan itu bernilai RM13 juta .

"Tiada dokumen pelantikan untuk perolehan ventilator antara pembekal dan kementerian...

“Itulah bahayanya apabila darurat diisytiharkan begitu sahaja," kata Puah.

Lihat Komen