Hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary mempertimbangkan untuk membawa masuk pelabur ke MMC Port Holdings, urus niaga yang boleh meningkat nilai pengendali pelaburan itu kepada lebih RM12 billion.
Memetik dua sumber, Reuters melaporkan konglomerat itu mungkin menjual sehingga 30 pelaburan dalam MMC Ports.
Syarikat-syarikat tertentu dan pelabur kewangan telah pun menemui MMC Corp dan menyatakan minat mereka, menurut sumber lagi.
Penjualan itu berpotensi menjadikan MMC Port disenaraikan di bursa dalam beberapa tahun.
Perbincangan masih berlangsung dan belum ada keputusan dibuat buat masa ini, kata mereka.
MMC Corp and MMC Port tidak memberikan komen ketika dihubungi Reuters.
MMC Port mempunyai tujuh pelabuhan iaitu Tanjung Pelepas, Johor, Northport, Pulau Pinang, Tanjung Bruas, SPT Services dan Pelabuhan Andaman, menurut laman webnya.
Kesemuanya terletak di sepanjang Selat Melaka, salah satu laluan kapal paling sibuk di dunia.
MMC Corp juga mempunyai pegangan dalam pengeluar tenaga bebas terbesar di Malaysia Malakoff Corp dan Gas Malaysia.
Syed Mokhtar juga memiliki pegangan majoriti dalam konglomerat DRB-Hicom yang menguasai Pos Malaysia dan Proton Holdings.

