malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Khair Ngadiron pengerusi baru TV AlHijrah
Diterbitkan:  May 18, 2023 7:00 PM
Dikemaskini: 12:03 PM
ADS

Bekas pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Khair Ngadiron dilantik sebagai pengerusi baru TV AlHijrah menggantikan Ab Halim Tamuri.

TV AlHijrah mengumumkan lantikan itu hari ini bersama enam ahli lembaga pengarah baru iaitu Hakimah Binti Yusoff, Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Dzul Karnain Bin Abdullah, Shamsul Qamar Abd Rani, Azizuddin Ahmad dan Amran Idris. 

Dua ahli lembaga pengarah terdahulu yang dikekalkan adalah Mohamad SAhmad dan Hasliana Kamarudin.

“TV AlHijrah berkeyakinan pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang baru dilantik ini mempunyai ketokohan, pengalaman, kepakaran dan keupayaan dalam merealisasikan visi dan misi penyiaran stesen ini untuk menyatupadukan ummah dengan ilmu. 

“Usaha ini selari dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh YB menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam usaha menjayakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi mewujudkan masyarakat Malaysia Madani,” kata TV AlHijrah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen