malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis siasat program 'Jom Ziarah Gereja'
ADS

Polis membuka satu kertas siasaran berhubung penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja' oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata walaupun program itu telah dibatalkan semalam, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.

Beliau berkata ekoran itu, polis telah merakamkan kenyataan pengadu serta beberapa saksi bagi membantu siasatan.

“Polis juga telah menghubungi salah seorang NGO yang terlibat program ini dan dia memberi aku janji kepada polis untuk hadir ke IPD Sentul untuk diambil keterangan pada esok. Sebaik kertas siasatan dibuat kamu akan rujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya berharap pihak yang terlibat memberi kerjasama untuk kami lengkapkan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas program High Profile Policing sempena Peringatan Hari Polis yang ke-216 di KLCC, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan program 'Jom Ziarah Gereja' oleh NGO yang bernaung KBS.

Pada Selasa lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa, program 'Jom Ziarah Gereja' tidak melibatkan individu beragama Islam.

Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan hari wanita yang diadakan hadapan Sogo dan Dataran Merdeka yang dikaitkan dengan perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 12 Mac lalu, Azmi berkata seramai tujuh individu termasuk penganjur telah selesai diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kami menjangkakan akan merujuk kertas siasatan yang dilengkapkan ke pejabat TPR Selasa ini,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen