malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan cadang pencarum cagar wang KWSP untuk pinjam bank
ADS

Kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagaimanapun kaedah itu hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang.

“Pada prinsipnya saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.

“Bagaimanapun, saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata ia merupakan langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang memandangkan ketika ini banyak negara yang memberikan kelonggaran seperti pengeluaran dana persaraan telah menghentikan atau membatalkan kemudahan itu.

Anwar turut membidas sikap pembangkang yang membawa hujah menggambarkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan bersifat menindas.

Beliau berkata pemberian dan bantuan kewangan kepada negeri termasuk yang ditadbir pembangkang turut meningkat pada tahun ini berbanding terdahulu.

“Kelantan RM351.5 juta, Terengganu RM411.1 juta, Perlis RM154 juta. Lepas tu nak banding dengan Sabah dan Sarawak.

“Tak adil nak banding dengan Sabah, Sarawak sebab mereka masuk bersama Malaysia kemudian, kawasan-kawasan desa jauh ketinggalan, jauh lebih teruk dari kawasan miskin.

“Ini bukan soal kepentingan politik, saya konsisten dalam hal ini. Kalau kita belanja RM10 juta, kita kena tambah RM100 juta di Sabah dan Sarawak,” katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen