malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Siasatan SPRM terhadap hakim kes SRC tak ikut protokol'
ADS

Mahkamah Persekutuan memutuskan siasatan SPRM terhadap seorang hakim yang memutuskan sabitan dan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dibuat tanpa mengikut protokol.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan SPRM menjalankan siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.

Panel hakim dibarisi Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah serta empat hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Vernon Ong Lam Kiat, Harmindar Singh Dhaliwal dan Rhodzariah Bujang.

Ketika membacakan pemerhatian panel hakim, Tengku Maimun membangkitkan persoalan masa siasatan tersebut diuar-uarkan, iaitu, sebelum rayuan Najib dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Keputusan hari ini berhubung rujukan persoalan undang-undang berkaitan saman terhadap SPRM berhubung siasatannya ke atas Nazlan.

Ketika membacakan penghakiman ringkas hari ini, Tengku maimun berkata sementara Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada badan siasatan jenayah seperti SPRM untuk menyiasat hakim serta membolehkan Pendakwa Raya memulakan prosiding di mahkamah jenayah terhadap hakim tersebut, kuasa itu perlu dilaksanakan dengan niat baik dan dalam kes tulen.

Dia berkata ia penting bagi menjamin badan kehakiman dapat menjalankan tanggungjawab secara bebas dan tanpa pengaruh luar.

Katanya, jika kuasa badan siasatan jenayah atau Pendakwa Raya digunakan bukan atas tujuan yang tulen, ia bersamaan dengan salah guna kuasa dan campur tangan terhadap kehakiman.

"Dengan mengambil kira ketinggian (sacrosanct) kebebasan kehakiman, Perlembagaan Persekutuan meletakkan standard lebih tinggi terhadap badan siasatan ketika menyiasat hakim.

"Jika dapat ditunjukkan yang siasatan dibuat memiliki tujuan lain, siasatan boleh diketepikan apabila semakan kehakiman (yang mencabar siasatan seumpama itu) dibuat terhadapnya," kata Tengku Maimun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen