Bekas senator dan bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggal dunia hari ini pada usia 89 tahun.
Kematiannya dimaklumkan oleh anak saudaranya Tengku Azman Tengku Zainal Abidin dalam kiriman Instagram awal hari ini.
Tunku Aziz menyertai DAP pada Ogos 2008, dan setahun kemudian dilantik sebagai senator mewakili Pulau Pinang, sekali gus menjadi senator pertama dari DAP.
Allahyarham menamatkan karier politiknya apabila membuat keputusan keluar dari DAP pada 2012 dan muncul sebagai salah seorang pengkritik tegar parti itu.
Merupakan seorang kerabat diraja Kedah, Tunku Aziz memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebelum menyertai Guthrie Corporation dan kemudiannya berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara.
Allahyarham juga memainkan peranan penting dalam menubuhkan NGO antirasuah Transparency-International Malaysia pada 1998 dan memegang peranan sebagai naib pengerusinyasehingga 2002.
Sebelum menyertai politik, Tunku Abdul Aziz berkhidmat sebagai penasihat khas kepada Kofi Annan, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu, dari Februari 2006 hingga Januari 2007.

