malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Timbalan speaker Pahang sahkan disaman akibat kesalahan trafik
ADS

Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen hari ini mengesahkan beliau telah disaman atas kesalahan trafik melibatkan gambar kenderaan peribadinya melanggar peraturan lalu lintas, yang tular di media sosial pada Ahad lepas. 

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut berkata beliau telah memberi keterangan kepada polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini, berhubung kejadian itu. 

"Saya telah memberikan kerjasama kepada mereka dan satu saman telah dikeluarkan. Saya akan menjelaskan saman ini seperti mana rakyat Malaysia yang lain dalam masa terdekat," katanya menerusi kenyataan di Kuantan hari ini. 

Lee juga mengucapkan terima kasih kepada polis kerana telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan ringkas juga memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan saman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen