malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saya heret AmBank ke mahkamah perindustrian, kata bekas jurubank Najib
ADS

PERBICARAAN 1MDB l Bekas jurubank Najib Razak memberi keterangan bahawa dia mebgheret bekas majikannya AmBank ke mahkamah perindustrian berhubung pemecatannya yang dikaitkan dengan pengurusan akaun bank bekas perdana menteri itu.

Bekas pengurus perhubungan Joanna Yu Ging Ping memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bank itu memecatnya pada 2015 atas dakwaan salah urus akaun Najib yang jua adalah bekas menteri kewangan.

Semasa perbicaraan Najib berhubung kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB, saksi pendakwaan ke-41 itu mengakui bahawa bank berkenaan telah menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan dia tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Najib selaku pemegang akaun untuk memberi pihak ketiga iaitu Low Taek Jho (Jho Low) mengenai arahan tentang urusan akaun.

Ketika peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah menyoal balas Yu jika bank itu juga membuat pertuduhan kedua bahawa dia berkongsi maklumat perbankan dengan Low berhubung akaun itu, dia juga mengakui.

Dia juga bersetuju bahawa bank itu membuat pertuduhan ketiga bahawa dia melanggar undang-undang perbankan apabila ini diajukan oleh Shafee.

Yu bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa dia tidak boleh mendedahkan banyak perkara berhubung perkara itu kerana terdapat penyelesaian antara dia dan Ambank berikutan penyelesaian di mahkamah perindustrian.

Shafee: Kamu telah ditamatkan perkhidmatan tetapi kamu mengheret AmBank ke mahkamah perindustrian?

Yu: Betul.

Shafee: Dan syarat-syarat penyelesaian (antara Yu dan Ambank di mahkamah perindustrian) itu adalah rahsia?

Yu: Betul.

Sebelum ini, Shafee meminta Yu membawa surat pemberhentiannya ke mahkamah bagi memudahkan pemeriksaan balas pasukan pembelaan.

Semasa prosiding hari ini, Shafee terus mengasak berhubung perbualan di Blackberry Messenger (BBM) antara dirinya dan Low berhubung pengurusan akaun Najib.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen