malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, hari ini.

Anwar yang diiringi isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di istana itu pada 11.05 pagi.

Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Premier Sarawak Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Raja Reza Raja Zaib Shah turut hadir.

Anwar kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana menteri dan Sultan Brunei turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Delegasi Malaysia kemudian diraikan pada Majlis Persantapan Rasmi oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Anwar tiba di Brunei semalam dan diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kunjungan ini ialah lawatan rasmi ke luar negara yang keduanya selepas dilantik sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas.

-Bernama

Lihat Komen