malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nurul Izzah reda alami keguguran
Diterbitkan:  Jan 25, 2023 12:30 AM
Dikemaskini: 1:46 AM
ADS

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi di media sosial bahawa dia baru-baru ini mengalami keguguran.

Dalam catatan Facebook, dia berkata dia kehilangan anak keempatnya yang belum lahir ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dan Putrajaya.

Dalam perkongsian itu, Nurul Izzah memuat naik gambarnya berpelukan dengan kedua ibu bapanya, Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah dan berkata mungkin itu kali mereka bertiga berpelukan" sejak 19 November 2022.

"Tentunya, kita datang dari Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.

"Syukur Alhamdulillah - saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.

"Ungkapan mensyukuri nikmat - kata-kata indah untuk Yang Maha Esa - yang kita ucap kan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman," katanya.

Nurul Izzah berkata dia reda dengan ketentuan itu dan tetap mensyukuri nikmat yang masih ada.

"Sama ada di senyum Safiyah, Harith dan Yu Zhou - atau pada hangat pelukan papa dan mama saya sendiri, setiap momen bermakna," katanya.

Nurul Izzah berkahwin dengan penyelidik kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Yin Shao Loong Ogos tahun lalu.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertamanya, manakala Yin memiliki seorang anak daripada perkahwinan sebelumnya.

Beberapa pemimpin turut mengucapkan takziah kepada Nurul Izzah termasuk Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Lihat Komen