malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM umum pengecualian tol sempena Tahun Baru Cina
Diterbitkan:  Jan 18, 2023 2:27 PM
Dikemaskini: 7:29 AM
ADS

Rakyat Malaysia akan menikmati perjalanan bebas tol di semua lebuh raya di seluruh negara selama dua hari (20 dan 21 Jan) sempena Tahun Baru Cina.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya telah membincangkan inisiatif itu, yang membawa implikasi kewangan RM40 juta, dengan syarikat konsesi, dan berhasil mencapai persetujuan.

Perjalanan bebas tol akan dikenakan kepada semua jenis kenderaan.

"[Inisiatif ini] akan meringankan (beban kewangan) setiap orang yang pulang ke kampung halaman mereka. Bukan sahaja orang Cina, tetapi orang Melayu, India, dan lain-lain juga.

"Saya hanya ingin menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati di jalan raya, ikut peraturan dan elakkan daripada menjadi sebahagian daripada statistik (kemalangan jalan raya) yang terus meningkat setiap tahun," kata perdana menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Putrajaya hari ini.

Tahun Baru Cina jatuh pada 23 Jan (Ahad) dan 24 Jan (Isnin) tahun ini.

Plus Malaysia Berhad (Plus) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia menjangkakan dua juta kenderaan sehari di Lebuhraya Utara-Selatan pada waktu kemuncak tempoh perayaan akan datang, peningkatan 20 peratus daripada jumlah trafik biasa.

Selain itu, Kementerian Kerja Raya juga telah mengurangkan had laju di jalan persekutuan di seluruh negara sebanyak 10km sejam (kmj) berkuat kuasa dari 18 hingga 27 Jan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Lihat Komen