malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MCA harap penggunaan teknologi VAR dipercepat
ADS

Pemuda MCA berharap penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dipercepat dan diperluas untuk semua perlawanan bola sepak di Malaysia, melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Gesaan itu dibuat setelah dua perlawanan terakhir terakhir Malaysia dalam Piala Konfederasi Bolasepak Asean (AFF) 2022 mencetuskan kontroversi selepas pengadil didakwa membuat keputusan salah dan tidak menyebelahi Harimau Malaya.

Jurucakap Pemuda MCA Ryan Ho berkata penggunaan VAR perlu disegerakan untuk membawa sukan bola sepak tanah air ke arah kelas dunia.

"Keputusan kontroversi melibatkan pasukan Harimau Malaya bukan kali pertama berlaku. 

Ryan Ho

“Ia boleh dielakkan sekiranya VAR digunakan, dan segala buruk sangka, tohmahan dan cacian di dalam pelbagai bentuk media oleh mana-mana pihak tidak perlu berlaku.

"Pengadilan yang saksama merupakan kunci kepada mutu sesuatu perlawanan selain persembahan pemain-pemainnya. 

"Pengadilan yang berat sebelah bukan sahaja mencacatkan perlawanan malah membunuh minat penonton-penonton," katanya.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama antara skuad kebangsaan dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu, pengadil Kim Dae-yong menidakkan satu gol Harimau Malaya susulan dakwaan kekasaranan pemain Malaysia.

Kad merah Ryuji Sato pada pemain Harimau Malaya

Dalam perlawanan di peringkat kumpulan menentang Vietnam sebelum ini, pengadil dari Jepun Ryuji Sato memberi penalti kepada pasukan lawan atas dakwaan pemain Malaysia mengasari pemain Vietnam di luar padang.

Malah seorang pemain Malaysia kemudian diberikan kad merah. 

Penyokong Malaysia yang marah memaparkan analisis sendiri berdasarkan gambar dan video perlawanan bagi membuktikan pengadil membuat keputusan “salah”.

Mereka berkata kontroversi itu boleh dielakkan jika teknologi VAR diguna pakai.

Malaysia akan menggunakan teknologi VAR untuk perlawanan Liga Malaysia tahun ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen