malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dana RM600 bilion: SPRM mohon bantuan cari bukti
Diterbitkan:  Dec 8, 2022 5:46 PM
Dikemaskini: 10:14 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon bantuan luar bagi mendapatkan maklumat dan bukti dalam siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah RM600 bilion.

“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat, bukti atau dokumen yang berkaitan diminta untuk tampil ke pejabat SPRM terdekat untuk menyerahkan maklumat tersebut.

“Sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen tersebut,” kata suruhanjaya itu.

Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama pada 5 Disember mendakwa  terdapat "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender ketika pentadbiran sebelum ini.

Muhyiddin Yassin


Perdana menteri bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut ketika itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata dia tidak pasti bagaimana angka itu boleh timbul dan mencadangkan pengkritiknya terkeliru dengan peruntukan RM530 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi ketika pentadbirannya.

SPRM dilapor akan memanggil bekas Muhyiddin, bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberi keterangan.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan ketika berdepan pandemik Covid-19 itu pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.

Lihat Komen