malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dana RM600b: Tak ada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
ADS

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini berkata, tidak ada sebarang yang mahu disembunyikannya daripada pihak berkuasa berhubung isu dana bernilai RM600 bilion dikendalikan kerajaan terdahulu.

Menjanjikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dia berkata setakat ini dia masih belum dihubungi agensi berkenaan untuk diambil keterangannya.

"Setakat ini tak ada panggilan daripada SPRM. Kalau dapat panggilan sudah tentu saya akan bekerjasama.

"Tak ada benda yang kita nak sembunyikan," katanya di Kuala Lumpur.

Dia yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam dua kerajaan berbeza sebelum ini dikaitkan dengan isu dana yang mungkin disalah guna PN ketika pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Semalam portal berita The Vibes yang memetik sumber melaporkan, Tengku Zafrul dijangka dipanggil SPRM yang menyiasat cara dana berkenaan diuruskan.

Selain senator terbabit, dua nama lain yang dipetik laporan berkenaan ialah Muhyiddin sendiri, serta bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Tengku Zafrul buat masa ini dia enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan, sebaliknya mahu menunggu perkembangan lanjut.

“Jika ada apa-apa yang perlu dijelaskan, Kementerian Kewangan boleh memberi penjelasan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Tengku Zafrul beerkata, apa yang lebih penting ditekankan ialah pihaknya tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan isu berkenaan.

"Sudah tentu kami lebih daripada bersedia (untuk bekerjasama) jika saya mendapat panggilan (SPRM)," katanya.

Muhyiddin sebelum ini sudah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kesediaannya disiasat.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti isu dana berkenaan dan beberapa kemungkinan penyelewengan yang berlaku.

Sementara itu berucap di majlis yang diadakan di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Tengku Zafrul berkata Sime Darby Motors akan mengimport rangkaian kenderaan elektrik (EV) BYD dan ia menjadi permulaan perkembangan masa depan dalam pasaran pengguna domestik dan pembuatan.

Dia juga menyatakan insentif yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2023 - yang akan dibentangkan semula oleh pentadbiran baru - akan terus meningkatkan pemilikan dan pembuatan EV di Malaysia, dengan matlamat 15 peratus jumlah nilai industri menjelang 2030.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen