malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM usik Mat Sabu: ‘Ini telur tak ada’
Diterbitkan:  Dec 5, 2022 1:51 PM
Dikemaskini: 5:52 AM
ADS

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempat bergurau dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkaitan masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran.

“Ini telur tak dak,” katanya dalam loghat utara ketika bersalam dengan presiden Amanah sebelum mesyuarat khas kabinet di Putrajaya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang berdiri di sebelah Mohamad turut menyampuk gurauan itu tetapi suaranya tidak dapat didengar dengan jelas.

Dialog itu antara yang terakam dalam video daripada Pejabat Perdana Menteri yang dikongsi bersama media berkaitan kehadiran menteri untuk bermesyuarat selepas memasuki pejabat masing-masing sebelum itu.

Gambar hiasan

Minggu lepas, dilaporkan krisis bekalan telur ayam terus membelenggu apabila ia masih sukar didapati di pasaran di seluruh negara.

Terdapat juga peruncit mengehadkan jualan selain mengenakan harga yang mahal.

Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 26 November berikrar untuk menjadikan isu kos sara hidup sebagai keutamaannya.

Lihat Komen