malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PDRM terima laporan tuduhan PM sebagai ejen Israel
Diterbitkan:  Nov 29, 2022 8:01 PM
Dikemaskini: 12:02 PM
ADS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berkaitan tuduhan Presiden PAS, Abdul Hadi terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha Polis Malaysia, Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

"PDRM mengesahkan menerima laporan berkenaan isu terbabit. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan fitnah).

"(Kes juga disiasat) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya meminta polis menyiasat tuduhan yang mengaitkan Anwar sebagai ejen Israel.

Ketua AMK Putrajaya Mohamad Syazreen Ezam Mohd Saidi dilaporkan berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia turut melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Semalam, Pakatan Harapan dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan pemimpin gabungan itu sebagai ejen Israel manakala Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar sudah meminta polis mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen