malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kos sara hidup: PM cadang temui agensi k'jaan pada hujung minggu
ADS

Anwar Ibrahim berkata keutamaannya ketika ini ialah bagi menangani isu kos sara hidup rakyat walaupun keadaan Bursa Malaysia dan kadar tukaran ringgit menunjukkan petanda positif.

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya tengah hari ini, perdana menteri itu berkata turut menjadi kebimbangannya ialah peningkatan harga barangan yang menekan hidup orang ramai.

Justeru katanya dia meminta pihak yang berkenaan mengadakan perbincangan teliti serta bertindak segera untuk mengatasinya.

"Saya akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan atau agensi berkenaan dalam masa terdekat.

"Kalau mereka tidak berkeberatan, saya mohon mereka adakan pertemuan hujung minggu ini atau selewat-lewatnya Isnin.

"Saya faham Isnin itu hari cuti awam, tetapi kalau mereka agak berkeberatan (juga) maka saya boleh tangguhkan," katanya.

Anwar menambah dia kenal komitmen yang diberikan pegawai di jabatan serta agensi berkaitan dan percaya mereka tahu keutamaan kerajaan sekarang ialah meringankan beban dihadapi rakyat di peringkat bawah.

[Laporan lanjut menyusul]

Lihat Komen