malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Pemilihan tak diadakan dalam Perhimpunan Agung Umno Disember ini'
Diterbitkan:  Nov 25, 2022 3:24 AM
Dikemaskini: 3:24 AM
ADS

Pemilihan tidak akan diadakan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang dijadual berlangsung bulan depan, menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Sebaliknya Razlan berkata pemilihan tersebut akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, berdasarkan Perlembagaan Umno.

"PAU yang diadakan bulan depan bukanlah pemilihan parti. Seperti yang sedia maklum, tahun ini ada dua kali perhimpunan agung disebabkan Covid-19. Hari itu kita buat untuk 2021 dan bulan depan untuk tahun ini.

"Jadi selepas PAU 2022, kita akan buat pemilihan parti pula. Kita ada tempoh enam bulan untuk pemilihan," katanya seperti dipetik Berita Harian semalam.

Razlan Rafii

PAU 2002 dijadual berlangsung pada 21 Disember hingga 24 Disember.

Berkenaan pemilihan Umno, Razlan berkata setiausaha agung Ahmad Maslan akan mengadakan mesyuarat biro politik bagi menentukan tarikh tersebut sebelum dibawa ke mesyuarat MKT.

"Setiausaha agung kemudian akan memberi notis kepada cawangan dan seterusnya bahagian.

"Apabila ada pemilihan, akan ada proses menawarkan diri selepas mesyuarat cawangan diadakan. Mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, akan mengisi dan menghantar borang pencalonan," katanya lagi.

Lihat Komen