Pemilihan bagi kerusi parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember 2022, berikutan kematian salah seorang calonnya, Karupaiya Mutusami.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan hari penamaan calon adalah pada 24 November, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 3 Disember.
Berikutan itu, pengundian di Padang Serai tidak akan diadakan pada 9 November ini seperti mana di kerusi-kerusi parlimen lain di seluruh negara.
Sementara itu, permohonan undi pos secara dalam talian dibuka daripada 18 hingga 22 Nov.
SPRM juga memaklumkan Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU).
"Calon-calon yang layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi," kata SPR dalam kenyataan.
Bagi calon baru pula, mereka dikehendaki menyerahkan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa Hari Penamaan Calon.
Kerusi Parlimen Padang Serai sepatutnya menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Karupaiya Mutusami, Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Sivaraj Chandran (BN), Azman Nasrudin (PN),Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan calon bebas, Ananda AK.
Bagaimanapun, Karupaiya rebah semasa kempen pada Isnin (14 Nov) dan meninggal dunia di Hospital Kulim pada hari berikutnya. Ahli pernigaaan yang juga bekas pegawai tentera itu menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 69 tahun.
Rakyat Malaysia akan mengundi pada 19 Nov, dengan pengundian awal ditetapkan pada 15 Nov lalu.