Tahun ini mungkin hari jadi paling dukacita buat Young Syefura Othman, calon Pakatan Harapan (PH) di Bentong, apabila kandungannya gugur.
"Hari ini ketika menyambut kelahiran saya yang ke-33, saya menerima berita duka bahawa saya telah disahkan keguguran.
"Kandungan tidak membesar selepas enam minggu. Kandungan ini sepatutnya berusia lapan minggu," katanya di Instragram.

Dia yang lebih dikenali sebagai Rara berakta tidak pernah mengumumkan kehamilannya sebelum ini, walaupun terdapat juga pihak yang perasan.
Dia pada asalnya berhasrat mengumumkannya selepas pilihan raya umum minggu depan.