malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis tahan dua kakitangan hospital disyaki rosakkan hiasan Deepavali
Diterbitkan:  Oct 31, 2022 12:24 PM
Dikemaskini: 4:24 AM
ADS

Polis menahan dua kakitangan sebuah hospital swasta di Klang kerana disyaki hiasan sambuatan perayaan Deepavali yang disebut kolam di pusat perubatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S Vijaya Rao memaklumkan kepada media bahawa kedua-dua mereka hadir di ibu pejabat polis daerah malam tadi, dan telah ditahan.

Mereka adalah individu yang dirakam merosakkan kolam berkenaan, dan orang yang merakamnya.

Kedua-dua suspek - masing-masing berusia 20-an dan 30-an - direman selama tiga hari bermula hari ini.

Semalam, tular video berdurasi 39 saat memaparkan seorang daripada suspek yang berpakaian lengkap baju Melayu memijak hiasan itu lalu merosakkannya.

Susulan itu ada di kalangan warga maya yang membidas tindakan lelaki itu.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Mengikut undang-undang, mereka yang menimbulkan suasana ketidakharmonian dengan menghina agama, boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

KPJ Healthcare - tempat kejadian itu berlaku - telah melancarkan siasatan dalaman sendiri berhubung penglibatan kakitangannya dalam merosakkan kolam berkenaan.

Menurut hospital swasta itu, tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan didapati bersalah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen