malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahathir pertahan Langkawi, GTA guna lambang Pejuang
Diterbitkan:  Oct 11, 2022 1:15 PM
Dikemaskini: 7:24 AM
ADS

Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengumumkan dia akan mempertahankan kerusi parlimen Langkawi yang disandangnya sejak pilihan raya umum lalu.

“Di Langkawi, calonnya (Pejuang) ialah Mahathir Mohamad,” umum pengasas Parti Pejuang Tanah Air itu.

Mahathir mendedahkan perkara itu dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, dia berkata gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding atas tiket Pejuang kerana belum diluluskan pendaftarannya.

GTA ialah gabungan parti Melayu yang dianggota oleh Pejung, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan ahli politik veteran Ibrahim Ali, serpihan PAS Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sementara itu, GTA juga memutuskan Putra akan memimpin gabungan itu di Kelantan.

Malah, hanya parti itu akan meletakkan calon mereka di negeri kubu kuat PAS itu.

Lihat Komen