malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Selangor adakan latihan simulasi banjir
ADS

Kerajaan Selangor akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi hantaran Facebook Amirudin berkata beliau juga akan mengumumkan peruntukan khas bagi menambah peralatan seperti bot, jentera dan petugas dalam persiapan menghadapi bencana itu.

“Keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi memastikan nyawa dan kebajikan rakyat Selangor dipelihara. Kita akan berikhtiar semampunya, semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya-Allah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Amirudin memaklumkan kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi persediaan pada September ini bagi menghadapi risiko banjir dengan penumpuan kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat.

- Bernama

Lihat Komen