malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Khairuddin: Saya lebih risau kerugian umat Islam dalam Umno, PAS
Diterbitkan:  Aug 13, 2022 3:48 PM
Dikemaskini: 7:48 AM
ADS

Membalas kritikan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali menegaskan yang dia lebih risau akan kerugian umat Islam dalam Umno dan PAS ekoran peluang muafakat disia-siakan.

Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS itu berkata, umat Islam dalam dua parti dominan itu kerugian jika perpecahan berlaku sekali lagi selepas mereka meleraikan persengketaan politik lebih 44 tahun.

"Mempertimbangkan antara kerugian peribadi dengan kerugian pada umat Islam.

"Saya tidak bersedia untuk umat Islam seramai 3.2 juta dalam Umno dan 1 juta dalam PAS kerugian peluang bermuafakat, bersatu, bercantum dan berdamai setelah bertelingkah 44 tahun sejak 1978.

"Pemimpin perlu bersifat mencantum bukan mencarik, menyatu bukan memecah, menjinakkan bukan meliarkan, berhemah bukan bertelingkah, menyejukkan bukan memanaskan, meredakan bukan meledakkan.

"Ya Allah. Saya telah menyampaikan. Maka berikanlah kesaksian," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Khairuddin turut memuat naik artikel memetik kenyataan Idris yang mendakwa Khairuddin yang dalam kerugian kerana meninggalkan PAS.

Idris dipetik Malaysiagazette berkata PAS tidak pernah merasakan tindakan tidak meneruskan kerjasama politik dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) sesuatu yang merugikan parti itu.

Sebaliknya dia melihatkan tindakan sesetengah pemimpinnya termasuk Khairuddin meninggalkan parti itu lebih merugikan.

"Sebenarnya Khairuddin itu rugi tinggalkan PAS, itu jawapan saya,” kata Idris.

Lihat Komen